10 Jan 2012

Jet Sprint Racing



Apakah menatang Jetsprint Racing nih? 
Ok sukan ni pun dikenali dengan nama Spring Boat Racing. Nama pun ade 'sprint-sprint' tu kan. Cuba tengok kat kamus, apa maksud sprint tu. Hehe. Ok maksudnnya pecut kan. Macam larian pecut tu. Macam tu jugak la sukan bot ni. Cuma yang ini bot dan track diorang berlumba kat sungai buatan yang tak dalam pun. Paras lutut lelaki dewasa je lebih kurang la.

 Kalau kita yang tengok je ni pun bole pecah adrenalin, inikan lagi yang tukang berlumba tu. Tapi of course la diorang dah expert kan. Sukan ni mesti naik dua orang supaya ada balancing. Kalau tak, tak sempat nak turn dah terbalik la bot tu. Macam biasa, yang sebelah tu bukan duk saja, tapi sebagai penunjuk arah. Macam gambar kat atas tu, kalau perasan, partner sebelah tunjuk pakai tangan je. Sebab kalau cakap bukan dengar pun, bunyi enjin bot kuat.

 Kat bawah ni ada saya selitkan video amatur USSBA National Finals 2011 yang diadakan di Extreme Sports Park, Port Angeles, WA. Nampak macam senang, tapi nak control bot yang ringan ni, hanya yang pakar je boleh buat. Tapi kalau korang nak try pun apa salahnya kan.
Malaysia Boleh! Peaceeee!  


9 Jan 2012

Sejuknya Hening Pagi




Pagi ini. Di keheningan pagi, sedang yang lain nyenyak tidur, apa aku buat? Menadah tapak tangan pada Ilahi. Hanya pada Dia aku meminta. Hanya pada Dia aku mengadu. Tapi apa yang terjadi selepas aku bangun tidur? Kenapa perasaan marah membuak-membuak seperti lava yang menunggu masa untuk keluar. Kenapa itu yang berlaku? Semakin aku cuba melupakan, semakin ia datang dalam minda kerap kalinya. Aku belum maafkannya. Ya, itulah hakikatnya. Hati ini terlalu sakit mungkin. Tapi mengapa ini yang berlaku. Mungkin aku belum cukup kuat untuk menghadapinya sebagai satu dugaan. Terasa dendam di hati ini. Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki dan buruk sangka. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan terkutuk. Padamkanlah saja perasaan yang sedia wujud. Aku tak mahu menanggung risikonya lagi. Amin.

Petikan dari link Jannati Baiti


"Apabila dirimu menyukai seseorang, bermohonlah kepada ALLAH SWT agar HATInya kan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkan dengan SEBENAR-BENAR keinginan, maka BERMOHONLAH dengan sebenar-benar PENGHARAPAN. Jangan sesekali kamu merayu kepada si dia , kerana bicaranya mungkin akan membuatmu TERLUKA. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah KEKECEWAAN akan menerpa. Namun , jika dirimu memohon TERUS kepada Allah SWT, Penciptanya, DUA kemungkinan sedia menanti kamu , iaitu mungkin dirimu MENDAPATKAN HATINYA atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang LEBIH BAIK darinya..."

6 Jan 2012

F.R.I.E.N.D

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

F • Fun •• That friends share when they are together

R• Reliability •• A true friend is someone that you can always rely on

I • Interest •• Someone who is genuinely interested in you, your fears, joys & life

E • Energy •• They pick you up when you are down, and give you the energy to go on & believe in yourself

N • Nothing •• Nothing is ever too much, no matter what time it is, night or day

D • Distance •• Although the miles may separate you, a true friend is never far away

S • Secrets •• Your feelings and personal/private thoughts that you can only share with a friend

H • Happiness •• The way I feel when we are together

I • Inseparable •• Through good times and bad, tears and laughter, 
a friend will always be there for you.

P • Perfect •• The friendship

Stay
 Keep me awake
 Keep me amazed
Only for today.
You are exactly where you supposed to be
And if they come for you
They would have to find me.

Fake friends are a term used to describe fair-weather or selfish friends.
 True friends are like diamonds (precious and rare), while fake friends are like autumn leaves found everywhere. A faithful friend is the medicine of life.
 Friends are rightly called an alter ego and they are perhaps those people with whom we can share our joys and sorrows. Adversity is the litmus test of any friendship. 

Fake friends are those friends who deceive us and break our trust somewhere down the line. They talk behind our back rather than talking face to face with us. In times of adversity, they desert others and leave them in a lurch. One should be careful while choosing friends and keep such fake friends at arm’s length. Joan Jett had once rightly remarked •••> "You got nothing to lose. You don't lose when you lose fake friends.”  

Once you throw me away, you will never get me back.

BAWA HATI YANG LARA

Semakin ku kejar. semakin kau jauh. Sampaikan aku tak tahu bagaimana untuk bersamamu lagi seperti dahulu. Atau mungkin selama ini, kau hanya bertopeng sahabat mulia. Tapi aku tahu lumrah kehidupan, kawan  untuk bersenang lenang, amatlah ramai. Tapi yang stay bersama kita ketika susah, amatlah sedikit. Adakah kau hanya akan mengingati kawanmu ini ketika kau sudah tiada siapa-siapa? Ketika kau berada di dalam kesusahan? Ya, kerana kawanmu ini sahaja yang akan duduk menangis bersamamu sekali. Adakah mereka juga akan berbuat perkara yang sama? Hurmm tunggulah masanya tiba nanti. Dan ketika itu, aku sudah hilang dari kewujudan ini. Cukup sampai sini.

Dan pada yang lain pula, adakah kawanmu ini satu-satunya kawan yang akan mengisi segala kekosongan hidupmu? Ketika kau bosan tiada tempat untuk bermain, kawan inilah yang sentiasa berada disisimu, membuat perkara-perkara gila bersama. Kawanmu ini yang memimpin tanganmu ketika kau tidak tahu begaimana untuk berpasrah akan kehilangan yang kau lalui. Adakah yang lain  ada disisimu saat-saat kau perlukan mereka? Kita lihat nanti ketika aku benar-benar lelah untuk berada disisimu lagi. Cukup sampai sini. Aku bukan boneka. Jika kau boleh membuang aku sesuka hati, aku juga boleh melakukan perkara yang sama. Cuma aku hanyalah insan biasa. Tak tega untuk aku lakukan sebegitu pada satu-satunya insan yang bernama sahabat, teman, kawan. Jadi lebih baiklah aku diam sebegini. Mungkin suatu masa, kau akan sedar aku ini siapa.


4 Jan 2012

Hitam Putih Kehidupan

Hari ni, saya tak nak bercerita panjang-panjang. Tapi nak tunjuk kat anda semua hitam putih kehidupan kita ni. Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang perkara yang simple kan. Tapi perkara yang simple tu la sebenarnya kalau kita hargai, ianya sangat bermakna dan tak mungkin berulang kembali. Begitu juga dengan cerita kehidupan saya. Saat-saat manis walaupun seketika, tetap saya akan abadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup. Ada juga yang tak dapat diekspresikan, simpan dalam-dalam di sudut hati ini dan kuncikannya elok-elok.


Dari Lensa Camera Saya
Kemana kita?
Siapa artis nih?

Adakah mereka bersahabat?
Ah tak tahu lah, dah BOSAN!

1 Jan 2012

Welcome 2012


Welcome 2012!!
Akhirnya kau hadir jua. Setiap tahun adalah lembaran baru bagi diri kita yang selalunya inginkan kesempurnaan. Namun tak lupa juga pada yang sudah tiada, kenangan bersama tak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. 

Sambutan tahun baru saya sambut bersama my dearest friends Faiz Farhan, Leyana Yaya & Rielleo Azman. Dimana??? Rasanya jika lihat gambar kami di atas, dah tahu kat mana kan. Ya, semestinya I-City! Bersama-sama TPM kita & my favorite lagenda rock, Search! 

Kenapa beriya nak sambut tahun baru? Itu bukan beriya, cuma sebab saya memang suka tengok bunga api. Best sangat. Salah satu impian ialah nak tengok bunga api bersama-sama orang tersayang sambil pegang tangan dia. Hehe gatal kan? ^__^

Semoga tahun baru ini memberi sesuatu yang lebih bermakna buat kita semua. 
Peace No War!!!!


Khas untuk semua :)



SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA