9 Jan 2012

Sejuknya Hening Pagi




Pagi ini. Di keheningan pagi, sedang yang lain nyenyak tidur, apa aku buat? Menadah tapak tangan pada Ilahi. Hanya pada Dia aku meminta. Hanya pada Dia aku mengadu. Tapi apa yang terjadi selepas aku bangun tidur? Kenapa perasaan marah membuak-membuak seperti lava yang menunggu masa untuk keluar. Kenapa itu yang berlaku? Semakin aku cuba melupakan, semakin ia datang dalam minda kerap kalinya. Aku belum maafkannya. Ya, itulah hakikatnya. Hati ini terlalu sakit mungkin. Tapi mengapa ini yang berlaku. Mungkin aku belum cukup kuat untuk menghadapinya sebagai satu dugaan. Terasa dendam di hati ini. Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari perasaan hasad dengki dan buruk sangka. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan terkutuk. Padamkanlah saja perasaan yang sedia wujud. Aku tak mahu menanggung risikonya lagi. Amin.

Petikan dari link Jannati Baiti


"Apabila dirimu menyukai seseorang, bermohonlah kepada ALLAH SWT agar HATInya kan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkan dengan SEBENAR-BENAR keinginan, maka BERMOHONLAH dengan sebenar-benar PENGHARAPAN. Jangan sesekali kamu merayu kepada si dia , kerana bicaranya mungkin akan membuatmu TERLUKA. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah KEKECEWAAN akan menerpa. Namun , jika dirimu memohon TERUS kepada Allah SWT, Penciptanya, DUA kemungkinan sedia menanti kamu , iaitu mungkin dirimu MENDAPATKAN HATINYA atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang LEBIH BAIK darinya..."

No comments:

Post a Comment

SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA