5 Dec 2011

21 Nov 2011

My Beautiful Smile


Tak nak cakap banyak-banyak. Walaupun disakiti berulang-ulang kali, tak mengapa kerana hari-hari saya sangat indah sebenarnya. Terima kasih jela pada yang tak habis-habis nak salahkan orang lain tuh. Malam ni layan bola Sukan Sea. Malaysia vs Indonesia. Aiyarrrkkkk mesti tak boleh tahan tengok adegan-adegan mereka beraksi nanti.  Ishhhh tak boleh cerita lebih kat sini nanti menyentuh isu-isu sensitif pulak.
Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Hope kemenangan akan berpihak pada skuad Harimau Muda. Kalau tak, pasti mereka tak habis-habis nak berlagak walhal rakyat mereka banyak yang tersadai di sini.
 Erkkkk peaceeeee!!!!! Heeee

Yeayyyy!!! Malaysia Boleh!!!!

17 Nov 2011

Nokhtah

Ya Allah lemahnya aku hari ini. Kenapa rasa nak menangis sangat ni.
Sepinya terasa sampai ke dalam hati. Time ni pun dah bergenang airmata, tak siapa pun mengerti penderitaan ini. Kenapa diri rasa seperti tak dihargai sangat. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Arghhhhh tak mahu masa itu berlalu!!!! Aku ingin terus bersamanya. Rindu yang mencengkam sehingga melukakan hati sendiri. Bagaimana harus aku luahkan segalanya yang terpendam. Kenapa dia seperti tidak mengerti. 

Siapa aku baginya? Aku pun tak tahu. Selama ini aku hanya bertemankan luka semalam. Cuba bergembira seperti yang lain. Sehingga aku bertemu dengannya. Tapi seperti biasa, aku harus melepaskan jua. Tak pernah ada yang kekal lagi, kerana itu aku kuncikan hati. Tapi tak sedar bila masa ia terbuka. Kerana terlalu asyik, aku terlupa. Dan kini semuanya telah berakhir. Aku lepaskannya pergi....walaupun dalam hati tak rela. Nokhtah.


14 Nov 2011

Yang Sebenarnya .....


Dan yang sebenarnya....hakikatnya....
Cinta tak semestinya memiliki. Walaupun sakitnya tak terperi, takkan mampu jua memilki jika tanpa izinNya.
Maka berserahlah, itulah jalan yang terbaik. Carilah keredhaan dariNya.
Memohon kekuatan dariNya. Kerana ini adalah takdirNya.

Berdoalah. Kerana sesungguhnya kita memang tidak mampu mengubah perkara yang sudah lepas tetapi percayalah bahawa kita mampu mengubah perkara yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan iaitu dengan berdoa kepadaNya yang Maha Mendengar.

 Jika Si Dia Bukan Milikmu
 Jawapan Rindu




~ aku akan sentiasa mengingatimu di dalam doaku  kerana aku sudah  pasrah akan takdirNya 

10 Nov 2011

Where Are We?

Okeyh dengan semangat pagi yang ada nih, saya nak menconteng blog lagi.
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Diharap semua hari ni sihat dan happy selalu. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu penawar duka. Ikhlaskan hati, pasti kita dapat merasai kemanisannya.

Today I feel like mati hidup kembali. Bersyukur kerana saya masih boleh mencelikkan mata [walaupun agak liat nak bangun] dan menghirup udara yang segar, kicauan burung yang menenangkan, menikmati matahari pagi yang bersinar bak memberi harapan dan semangat baru serta a cup of coffee with buns. Cukup lah untuk permulaan hari ini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

"Let go to get one. Lose some to win some."
[Dedrick D.L. Pitter]
Pagi ni saya nak berterima kasih pada seseorang dengan kata-kata nasihatnya. Saya tahu anda mempunyai sesuatu yang orang lain tak ada. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya. Pasti saya takkan sia-siakan nasihat yang sangat bermakna tu. Insyaallah saya juga harapkan yang terbaik. Saya akan bertahan selagi mampu. Saya akan teruskan kehidupan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Semoga semua orang juga mempunyai semangat untuk teruskan hidup ini walaupun banyak dugaannya. Saya tahu Allah sedang menguji hamba-hambaNya. Itu tanda Dia mengingati kita dan Dia hanya menguji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. [Hikmah Disebalik Ujian Allah]

 May happiness be with us  

9 Nov 2011

Something Borrowed

This is the way my story end. I don't have any chance anymore. My time finished already. 
Where should I go after this? Hurmm time to continue my journey, to new destination. 
I wish you happy always with your new life. I'll let you go without any doubt. 
I know my heart strong enough to handle this kind of thing. Dear God, please give me the strength to accept the thing I cannot change. I'm tired also to fight the destiny, its not my destiny, its belong to others.

I want you to know, I really happy with you. The time I spend with you is the precious moment that I won't forget. Thanks for that memory. Here, I left you. I forgive you for everything, and do please forgive me too if I'm doing wrong. I'm such a clumsy, a little bit dummy, I also not really beautiful, saying a nonsense word, and I'am the one who always find you for a cinema, eat, bowling and all that crazy things.
Thanks for everything.



4 Nov 2011

SELAMAT PAGI

Salam Jumaat to all bloggers & all umat di muka bumi milik Yang Maha Esa ini. 
Haaa pagi ni nak update sikit blog ni.
 Nak conteng-conteng blog yang serabai nih.   
Sebenarnya saya sedang menghitung hari. Tapi hari untuk apa ye? 
Hehe. Hari apa pun saya tak tahu. Sebabnya saya tak mahu sebut lagi akan hal itu.
Saya sudah pasrah, saya belajar untuk REDHA akan hal yang bukan jadi milik kita.
Pastinya ada hal-hal lain yang Allah sedang aturkan untuk saya. Saya berterima kasih banyak pada si dia yang banyak buat saya tersedar akan hal-hal yang kita tak sangka akan berlaku.
Saya tak mahu menyalahkan sesiapa, walaupun sebenarnya ada rasa sedikit menyampah bila dapat tahu cerita sebenar, tapi semua yang berlaku, pasti ada sebabnya.

Haaa semalam saya ada try resipi baru. 
Inilah dia....presenting Korean Food : Garlic Chive Pancakes  



Hahaha bunyi cam best je kan. Tapi kalau kat Malaysia kita panggil lempeng je. Sebab bahan-bahanya pun memang sama macam nak buat lempeng. Nama saja nak bagi hot. Terliur nak buat nih lama dah. Masa tengok drama Coffee Prince. Sape yang suka tengok drama-drama korea, korang mesti terasa nak makan makanan diorang kan? Takpe-takpe, saya memang memahami. Hehehe.

Okay lah. Saya ni bekerja. Sempat lagi kan. Kenapa ntah hari nih rasa macam lain je.
Tak tahu lain tang mana. Mungkin hati yang masih belum terubat ni lagi kot.
Tapi takpe, saya tahu saya kuat. Yeahhhh go go power puff girl!!! Come on Blossom!!! Show your power!!

1 Nov 2011

Susahnya Untuk Orang Mengaku Salah


Kenapa ye orang susah sangat nk mengakui kesalahan sendiri? Pelik-pelik! Entry ni  bukanlah nak mengata sesiapa, tapi mengata diri sendiri je. Sebagai peringatan. Kadang-kadang kita memang tak perasan kita dah buat salah. Tapi kalau ada orang tegur tu, janganlah melenting. Take time untuk fikirkan apa yang orang tu cuba bagi tahu.  Dan itu juga menunjukkan yang orang tu care kat diri kita. Kalau tak, takde masa lah dia nak menyibuk kan. Sebab dia tak nak kita ulang lagi kesilapan tu.

Kadang-kadang kita memang perlu ambil masa untuk merenung diri kita kembali. Cara terbaik ialah sebelum tidur. Pasti kita akan teringat apa yang kita buat sepanjang hari kan. Betul atau tak, kita tak dapat menilai. Ini kerana orang lain adalah cermin kepada diri kita. As long as kita dah buat yang terbaik, takde apa yang harus dikesali lagi. 

20 Oct 2011

Public Toilet

Hahaha real funny!!! Cuba bayangkan if kita yang berada di situasi ni. Of course blurrrr!!!


Funny Guy : Mr Bean

I got this email from my friend. Just nak share dengan korang. Mari gelak sama-sama!!


1) B R A I N_T U M O R


Doctor : I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr.Bean : Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor : Did you understand what I just told you?
Mr. Bean : Yes of course, do you think I'm dumb?

Doctor : Then why are you so happy?
Mr. Bean : Because that proves that I have a brain! 




2) DEATH OF HIS MOTHER

Mr.Bean :(crying) the doctor called, Mom's dead.
Friend : condolence, my friend.

(After 2 minutes) Mr. Bean cries even louder

Friend : what now?
Mr. Bean : my sister just called, her mom died too!




3) MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL


Teacher : What is 5 plus 4?
Mr. Bean : 9

Teacher : What is 4 plus 5?
Mr. Bean : Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!



P/S : They say, freedom of expression

Patah Seribu

Nak tulis nak tulis apa??? Penat lah, tapi tak boleh tidur. Oh kemonlah!!!
Apa yang saya rasa? Nak rasa apa? Hurmmm tak tahulah. Tak tahu dan tak tahu. Sampai sekarang masih tak tahu nak buat apa. Buat-buat pandai jela yang mampu. Kau memang hati kering!!!

Habis tu nak buat camne? The day is coming. Takut tak boleh terima masa tu. Sisa-sisa masa yang tinggal ni jela peluang yang ada untuk bersama. After that, cannot dah. Dia milik orang lain. Huhuhuhu how how how???
Allah....Tolong berikan kekuatan. Moga semuanya baik-baik saja. Aminnnnn ~

16 Oct 2011

Ribut Hati Akar Berpaut

Tanya sama pokok, apa sebab kau goyang, jawab 'angin' yang goncang - Jikalau kau sebatang pokok yang telus, angin ribut kencang pun takkan dapat buat kau berganjak dari tempat asal.

Kita selalu menafikan apa yang dibisikkan oleh hati. Kerana itulah wujudnya pepatah "ikutkan rasa, binasa, ikutkan hati, mati." Tapi kita tak sedar, setiap apa yang dilakukan hanya dilihat daripada zahiriahnya dan tak pernah kita cuba untuk menyelami akan apa yang tersirat di dalam hati si pelakunya. Malah, kita sendiri kadang-kadang keliru dengan apa yang kita tampilkan, kerana kita hanya mampu mengikut arus dan tidak berani melawan arus. Maka, akan lahirlah satu perasaan iaitu hipokrit yang akan menafikan semua kebenaran dan keikhlasan hati. Tapi HATI TAK PERNAH MENIPU. Apa pun yang kita lakukan, keikhlasan dan kejujurannya hanya terletak pada hati. Apa yang kita persembahkan hanyalah nampak pada luaran sahaja demi meletakkan diri kita selesa pada persekitaran yang kita diami.

Memang terseksa apabila kita harus berperang dengan perasaan sendiri. Malah kadang-kadang kita tidak tahu apa yang harus dilakukan. Takut akan kehilangan, takut akan salah membuat pilihan, takut untuk buat pilihan, takut akan keseorangan dan macam-macam lagi la. Oleh kerana itu, kita tidak sedar, kita banyak meletakkan kesilapan kita pada orang lain. Kita tak nampak kebenaran di setiap perkara yang dilakukan. Kerana sebenarnya kita yang SALAH. Salah dalam menilai, salah dalam membuat keputusan, salah perilaku.

Mengakulah, kau masih merinduinya......
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"

11 Oct 2011

ALLAH Knows the best

♥ Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah? ♥

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

10 Oct 2011

Tabiat

Apa makna tabiat? Bagi saya tabiat adalah perkara yang sudah biasa kita buat - SELALU BUAT!
Kenapa tiba-tiba nak story pasal tabiat nih? Haaa mestilah ada sebab kan. Just want to share, orang kata, tabiat susah nak di ubah. Macam tu gak saya, saya pun ada beberapa tabiat yang susah saya nk buang. Contoh?? Hurmm lepas bangun tidur, saya mesti cari sikat rambut ^__^ Kenapa? Haaa janganlah tanya kenapa, biasalah, perempuan kan. Hehe. Selain tu, saya ni suka SANGAT makan bersulam air. Ok, yang ni mesti semua orang tahu, tengok perut je dah tahu kan. Haha. Well, buncit tu SEKSI!!! Grrrrrrr >_<

Tapi sebenarnya, tabiat tu boleh di ubah. Orang kata : "Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih". 
Yang penting, hati kita. Kalau betul-betul kita nak berubah, tak perlu orang suruh kan, sendiri mau ingatlah. Samalah juga kesnya dengan merokok. Saya rasa memang perempuan suka sangat membebel pasal nih, antara top list bebelan lah kan. Peaceeee ^_^ v 

Saya ada satu tabiat, tabiat yang baru bermula lima bulan yang lepas. Dan saya sendiri dah rasa betapa gigihnya nak buang tabiat tu. Tabiat tu memang patut diBUANG terus and CANNOT be REPEATed!!! But.....i'm fail to handle it. I still buat tabiat tu jugak :(  Oh kemOn lah, you can do it. No, I can't! Yes you can! I can't I can't I can't!!! Don't you get it?! [berperang dengan perasaan sendiri] @ [gila].

Kawan-kawan, walaupun saya ada ramai kawan-kawan, tapi semua tu tak ada fucntion. Sebabnya, hati kata tak mahu. So, sekarang masalahnya, memang hati kita. Kalau kita betul-betul nak berubah, hati kena kuat. Tapi kalau kita masih ragu-ragu, kita memang ada potensi untuk buat tabiat tu lagi.

P/S ~ Tabiat yang BAIK tak perlu diubah ok. I'm talking about tabiat yang tak berapa baik @ memang tak baik pun!

Tabiat saya ialah KAMU ♥ kamu yang milik orang lain.

6 Oct 2011

Fears and Frustrations

This love affair between you and I + Do you think it’s worth the try + Hearts to be broken + I wonder if you do this often + You occupy my mind all day and night + I think of things to say to do + What we should do to keep this alive + You love sending chills up my spine + Depending on it most of the time + But for you I’m just an ordinary girl + But you bumped into + Hoping I’ll leave you + Within a month or two

Fears and frustration galore + I’ll never understand you + I’ll never be the girl you long for + I’ll never be the hand you want to hold + And if we go back in time + Would you still be the same person + I’d do it all over again + I’ll try to make you mine

We spent so much time + Looking into each others’ eyes + Looking into each others’ lies + Overlooking reality + I’m feeding on high expectations and happy endings + We were high above the ground or was it just me? + I’ll pull myself out of this confusion + I never meant to be an intrusion + But for you I’m nothing more but just a phase

Fears and frustration galore + I’ll never understand you + I’ll never be the girl you long for + I’ll never be the hand you want to hold + And if we go back in time + Would you still be the same person + I’d do it all over again + I’ll try to make you mine

4 Oct 2011

Sekali Lagi, Cinta Bukan Milikku

"Sekali lagi, cinta bukan milikku." Mungkin ayat itu sesuai untuk menggambarkan sinopsis kepada cerita yang ingin saya kongsikan. Kisah suka duka seorang gadis yang masih tak sedar bahawa dirinya sudah dewasa. Kisah yang sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bermula dari mana. Ya gadis, semua gadis mesti ada simpan impian untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya kan. Walaupun lelaki itu nampak tak sempurna di mata orang lain, tapi bagi dirinya, lelaki itu sudah cukup untuk buat hidupnya bahagia. 


 Kisahnya bermula di suatu persimpangan hidup, seorang gadis bertemu seseorang yang boleh dianggap sebagai 'prince charming' baginya. Lelaki yang dnanti-nanti selama ini. Tak sangka kini lelaki itu berada di laluan hidupnya. Nak tak nak, terpaksalah hadapinya juga. Pada mulanya, dia hanya ingin berkawan saja, sama macam kisah-kisah permulaan yang lain. Tetapi peluang demi peluang terbuka depan mata. Si gadis yang bijak dalam merebut peluang yang ada, memang tidak menunggu masa yang lama untuk memulakan langkah. Langkah yang dianggap biasa saja baginya, kini langkah itulah yang menjadi penentu hidupnya.

Hampir setiap hari, hampir setiap minggu, dia menghabiskan masa bersama dengan 'prince charming'nya. Ada saja alasan yang akan dicari untuk mengajak si dia keluar bersamanya. Walaupun tidak berdua, itu sudah cukup untuk buat si gadis merasa puas hati kerana dapat menatap wajah si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' ni agak kasar sikit perwatakannya, tapi sebenarnya hatinya sangat rapuh. Selalu rasa bersalah selepas buat sesuatu. Mungkin dia sendiri tak pasti, apa yang patut dia buat terhadap si gadis ini  yang banyak menguji kesabarannya.

Kerana hatinya yang luluh, si gadis jatuh cinta. Tapi si gadis masih menafikannya. Kerana sememangnya si gadis sudah tidak percaya lagi pada cinta. Dia sendiri tidak tahu apa itu cinta. Dia juga tak tahu apakah perasaannya terhadap lelaki itu boleh dikatakan cinta. Tapi yang pasti, dia akan merasa rindu pada si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' selalu suka cari pasal dengannya, dia tetap merasa bahagia. 

Dan pada suatu malam, satu pengakuan yang jelas telah mengubah segalanya. Dan selepas itulah, si gadis mendapat jawapan kepada soalan-soalannya selama ini. Sememangya dari awal lagi, dia sudah tahu, si 'prince  charming' bukanlah miliknya. Tuhan hanya meminjamkannya untuk sementara saja. Untuk merasa bagaimana rasanya bahagia bila dapat bersama dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Sekali lagi, Tuhan mengujinya.

Kini dia sedar, sememangya perasaan yang tak dapat diluahkan itulah sebenarnya cinta. Dia ingin hidup bersama dengan lelaki itu. Dia menjadi tak biasa bila terpaksa berjauhan dengan si 'prince charming'. Hari-harinya yang ceria, kini bertukar menjadi suram. Seperti hidup tak bernyawa, jiwa yang kosong dan tak berperasaan. Melayang entah ke mana, hanya mampu berharap keajaiban berlaku. 

Bila tiba masanya, si gadis tahu dia harus melepaskan 'prince charming' kesayangannya. Dan saat untuk melepaskan itulah, saat yang paling menyakitkan dalam hidunya. Tapi si gadis tidak mahu bersedih, dia akan menghadapinya dengan rasa bangga. Kerana hakikatnya, si gadis adalah insan yang paling bahagia walaupun nampak malang di mata orang lain. Ini kerana selama bersama si 'prince charming', tak pernah sekali pun dia merasa kekurangan. 

Terima kasih 'prince charming'. Itu sajalah yang mampu si gadis ucapkan pada saat ini, ketika ini. Dan pada ruang sudut yang lain dalam dunia ini, dia tahu pasti ada seseorang sedang menantinya. Sebuah lagi teka-teki yang bakal dihadapinya. Tapi jika takdir menyatakan, si 'prince charming' memang miliknya, maka mereka akan bertemu lagi di ruang sudut itu. 


their first movie ~ will always remember you ♥♥♥ My ThOr



kisah yang diceritakan oleh 'prince charming' pada si gadis 






Cinta Tak Semestinya Bersatu.......

27 Sept 2011

Rock & Bowlers

Hurmm hurmm hurmmm. Kenapa? Haaa ini sebab saya batuk tak baik-baik lagi. Akibat makan tak pantang, tapi pantang TENGOK! Hehe. Ok, bukan saya nak membebel pasal kesihatan saya, tapi ada lagi perkara penting yang baru saya tersedar, yang bahawasanya saya tak pernah pun lagi tulis pasal perkara yang saya sangat-sangat addicted buat masa sekarang ni. ◄ cakap macam ni sebab saya ni bukannya boleh stay dengan satu perkara je. Cepat je nak bosan kan. Huhh!
 What my present interest? Of course la BOWLING. Saya rasa saya dah main bowling around setahun 2 bulan kot. Dan saya telah beli equipment sendiri semata-mata nak bermain secara serius. [ini sebab saya dah tak larat nak buat aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan kecergasan saya lagi - taekwando] 

Ini saya punya!!!

Apa yang saya tahu pasal bowling? Haaa saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya tahu main je, tapi belum la sampai tahap professional, main pun tak consistence lagi. Saya memang enjoy play this game. Lagi pulak ada geng yang sama-sama gila duk layan bowling je hampair setiap minggu. Dalam seminggu tu ada la 4  kali main. Perghhhh memang gigih!!!!

Rock & Bowlers club 

• The Hooker • The Cranker • The Spinner 

Saya rasa my team members semua memang best. Semua jenis teknik kami ada. Straight ball, spinner, hook dan macam-macam lagi gaya ada. Gaya ciptaan sendiri pun ada [apakah??] Hehe. Tak tahulah kenapa, tapi gaya memamg mutu keunggulan bagi team ni. Gaya berkepak, gaya kuak dada, gaya angkat kaki sebelah, gaya tonggeng, gaya apa lagi, hurmmm ahh macam-macam lagi la gaya yang akan keluar nanti time main.

Ok, this is mine ^_^



Dimana kami selalu main? Memang la merata. R&B terkenal dengan sikap gigih mereka. Tak boleh pun, kena kasi boleh jugak. Dulu kami selalu bowl di Megalanes Plaza Alam Central (PAS), but now, disebabkan dah bosan dengan pattern oil kat situ [sekadar alsan semata-mata], kami pun menjadikan Ole-ole Superbowl Seksyen 18 sebagai pusat untuk melepaskan gian.


My Highest Score - 223 [ini saja yang mampu]




Selain tu, kami memang dah bowl merata dunia - Summit Ampang Superbowl , Sunway Megalanes, Ole-ole Monterez Club, IOI Ampang Superbowl and Klang Parade Ampang Superbowl. The latest, saya telah mengikuti bowling tour ke Penang Ireland - Megalanes Megamall Penang and the legend centre bowl, Penang Bowl located at Georgetown.


"kepak" tu saya je yang boleh buat ^_^



24 Sept 2011

Saya Happy

Morning everyone! Yeaaahhh why today my mood being so blink-blink happy?
 Haaaa I also don't know.  Hehe ^_^ Maybe because I got the pancaran matahari
betul-betul depan muka I this morning, lalu semangat kebangkitan datang.
Actually too many things happen in my life lately ni sama ada yang best atau tak, tapi saya  tetap bersyukur kerana dapat melalui kehidupan ini sampai sekarang.

I just got my breakfast this morning with one of my best friend - Baha Ariffin a.k.a Boy the Fish :))

Mr BoyFish

Saya hangout dengan mereka ALMOST!!!!! Beshhhhhh sangat-sangat. Happy to have you guys as a friend ^_^

Lis + Faiz + Boy + Ana



Thanks to my friends yang celebrate my birthday on 6th August hari tu. Surprisingly & sangat happy. Memang tak terkata apa, rasa macam dah tahu mereka nak buat suprise, tapi ada beberapa perkara yang saya langsung tak expect, but I wish for that actually. Thanks, thanks & sejuta kali thanks ;))


Super Duper Indulgence




Him....the best moment i guess, even just for a while ^_^

Angry Bird!



Kawan-kawan saya yang super duper hyper active! They rock bebehhh!!! 

Open Raya Rumah Freddy 



Last but not least, here I am!!!! Power Puff Girl kunun-kununnya, tapi dalam hati ada taman ^_^

Umie Zaira Ana

23 Sept 2011

Jiwa Ini

Saya tak pernah mengaku yang saya ni adalah seorang yang baik. Saya juga tak pernah mengaku yang saya ni seorang yang jahat. Tapi apa yang saya tahu, saya akan buat sesuatu perkara mengikut rasa hati saya. Ini kerana saya tak nak hati saya rasa sengsara dari menahan perasaan. Apa yang ada di depan mata saya, itulah kehidupan yang saya hadapi. Menjadi seperti diri saya pada hari ini, bukanlah sesuatu yang senang. 

Whatever pun, bukan cara saya untuk mengalah terlalu awal. Saya akan dapatkan apa yang saya mahu, sampailah satu saat, tiada lagi jalan untuk saya, maka saya akan berhenti. Kehidupan harus bermula sekali lagi. Haishhhh membebel ala-ala "dalam hati ada taman" pulak. Tapi memang mood saya kebelakangan ni agak tak betul. So unpredictable!!!

22 Sept 2011

Street Rollerblade

Ok kenapa tetiba saya nak cerita pasal sukan ni. Sebab malam semalam saya lepak di Extreme Park Seksyen 13, memang layan la tengok budak-budak ni rollerblading, BMX & skateboarding. Ingat tak, ni zaman-zaman kita skool dulu, on that time memang  famous lah rollerblade ni. Saya pun salah seorang yang kononnya nak sangat main benda alah nih sampai la satu hari tu, kaki saya terkangkang macam atlit-atlit gimrama pulak. 
Nyiahahahaha. Memang style!!

Adakah anda masih teringat?

Fusion X3

Ok, yang bawah ni the latest design yang saya nampak budak-budak malam tadi pakai. Hasil interview dengan diorang, harganya ada la dalam RM1000. Perghhh memang dasSsattttt! High performance bola bowling pun tak sampai tahap ni kemahalannya. Hehe. Ok tapi sebab minat yang extreme melampau, dimaafkan lah. Its all about interest right? ^_^

The Latest Design

Solo Tripe HD
Solo Estilo RG

Solo Era LE





6 Sept 2011

Percubaan Classic Template

Hurmmm what im going to write ya? Actually this is my 2nd blog, oh bukan, it could be the 3rd blog yang saya ada. This is just nice when we can godek-godek blog ni di waktu lapang. Mulalah nak try itu ini. Lepas tu, sampai tahap dah muak abis dan tak dapat achieve the satisfaction, tinggalkan je terbongkang tanpa logout.


Then, datang my Sweet Busy Body little sister, oh my Gosh! "Apa ni kakak? Oh jiwang eh, betul ke orang cakap sesiapa yang ada blog ni jiwa dia agak kacau?" <••• Soalan kau adik memang tak masuk akal and aku pun tak tahu dari mana kau dengar nih. Hahaha whatever!! I just do with my interest. ^_~



My Sweet Siblings Ever!~



SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA