21 Nov 2011

My Beautiful Smile


Tak nak cakap banyak-banyak. Walaupun disakiti berulang-ulang kali, tak mengapa kerana hari-hari saya sangat indah sebenarnya. Terima kasih jela pada yang tak habis-habis nak salahkan orang lain tuh. Malam ni layan bola Sukan Sea. Malaysia vs Indonesia. Aiyarrrkkkk mesti tak boleh tahan tengok adegan-adegan mereka beraksi nanti.  Ishhhh tak boleh cerita lebih kat sini nanti menyentuh isu-isu sensitif pulak.
Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Hope kemenangan akan berpihak pada skuad Harimau Muda. Kalau tak, pasti mereka tak habis-habis nak berlagak walhal rakyat mereka banyak yang tersadai di sini.
 Erkkkk peaceeeee!!!!! Heeee

Yeayyyy!!! Malaysia Boleh!!!!

17 Nov 2011

Nokhtah

Ya Allah lemahnya aku hari ini. Kenapa rasa nak menangis sangat ni.
Sepinya terasa sampai ke dalam hati. Time ni pun dah bergenang airmata, tak siapa pun mengerti penderitaan ini. Kenapa diri rasa seperti tak dihargai sangat. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Arghhhhh tak mahu masa itu berlalu!!!! Aku ingin terus bersamanya. Rindu yang mencengkam sehingga melukakan hati sendiri. Bagaimana harus aku luahkan segalanya yang terpendam. Kenapa dia seperti tidak mengerti. 

Siapa aku baginya? Aku pun tak tahu. Selama ini aku hanya bertemankan luka semalam. Cuba bergembira seperti yang lain. Sehingga aku bertemu dengannya. Tapi seperti biasa, aku harus melepaskan jua. Tak pernah ada yang kekal lagi, kerana itu aku kuncikan hati. Tapi tak sedar bila masa ia terbuka. Kerana terlalu asyik, aku terlupa. Dan kini semuanya telah berakhir. Aku lepaskannya pergi....walaupun dalam hati tak rela. Nokhtah.


14 Nov 2011

Yang Sebenarnya .....


Dan yang sebenarnya....hakikatnya....
Cinta tak semestinya memiliki. Walaupun sakitnya tak terperi, takkan mampu jua memilki jika tanpa izinNya.
Maka berserahlah, itulah jalan yang terbaik. Carilah keredhaan dariNya.
Memohon kekuatan dariNya. Kerana ini adalah takdirNya.

Berdoalah. Kerana sesungguhnya kita memang tidak mampu mengubah perkara yang sudah lepas tetapi percayalah bahawa kita mampu mengubah perkara yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan iaitu dengan berdoa kepadaNya yang Maha Mendengar.

 Jika Si Dia Bukan Milikmu
 Jawapan Rindu




~ aku akan sentiasa mengingatimu di dalam doaku  kerana aku sudah  pasrah akan takdirNya 

10 Nov 2011

Where Are We?

Okeyh dengan semangat pagi yang ada nih, saya nak menconteng blog lagi.
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Diharap semua hari ni sihat dan happy selalu. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu penawar duka. Ikhlaskan hati, pasti kita dapat merasai kemanisannya.

Today I feel like mati hidup kembali. Bersyukur kerana saya masih boleh mencelikkan mata [walaupun agak liat nak bangun] dan menghirup udara yang segar, kicauan burung yang menenangkan, menikmati matahari pagi yang bersinar bak memberi harapan dan semangat baru serta a cup of coffee with buns. Cukup lah untuk permulaan hari ini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

"Let go to get one. Lose some to win some."
[Dedrick D.L. Pitter]
Pagi ni saya nak berterima kasih pada seseorang dengan kata-kata nasihatnya. Saya tahu anda mempunyai sesuatu yang orang lain tak ada. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya. Pasti saya takkan sia-siakan nasihat yang sangat bermakna tu. Insyaallah saya juga harapkan yang terbaik. Saya akan bertahan selagi mampu. Saya akan teruskan kehidupan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Semoga semua orang juga mempunyai semangat untuk teruskan hidup ini walaupun banyak dugaannya. Saya tahu Allah sedang menguji hamba-hambaNya. Itu tanda Dia mengingati kita dan Dia hanya menguji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. [Hikmah Disebalik Ujian Allah]

 May happiness be with us  

9 Nov 2011

Something Borrowed

This is the way my story end. I don't have any chance anymore. My time finished already. 
Where should I go after this? Hurmm time to continue my journey, to new destination. 
I wish you happy always with your new life. I'll let you go without any doubt. 
I know my heart strong enough to handle this kind of thing. Dear God, please give me the strength to accept the thing I cannot change. I'm tired also to fight the destiny, its not my destiny, its belong to others.

I want you to know, I really happy with you. The time I spend with you is the precious moment that I won't forget. Thanks for that memory. Here, I left you. I forgive you for everything, and do please forgive me too if I'm doing wrong. I'm such a clumsy, a little bit dummy, I also not really beautiful, saying a nonsense word, and I'am the one who always find you for a cinema, eat, bowling and all that crazy things.
Thanks for everything.



4 Nov 2011

SELAMAT PAGI

Salam Jumaat to all bloggers & all umat di muka bumi milik Yang Maha Esa ini. 
Haaa pagi ni nak update sikit blog ni.
 Nak conteng-conteng blog yang serabai nih.   
Sebenarnya saya sedang menghitung hari. Tapi hari untuk apa ye? 
Hehe. Hari apa pun saya tak tahu. Sebabnya saya tak mahu sebut lagi akan hal itu.
Saya sudah pasrah, saya belajar untuk REDHA akan hal yang bukan jadi milik kita.
Pastinya ada hal-hal lain yang Allah sedang aturkan untuk saya. Saya berterima kasih banyak pada si dia yang banyak buat saya tersedar akan hal-hal yang kita tak sangka akan berlaku.
Saya tak mahu menyalahkan sesiapa, walaupun sebenarnya ada rasa sedikit menyampah bila dapat tahu cerita sebenar, tapi semua yang berlaku, pasti ada sebabnya.

Haaa semalam saya ada try resipi baru. 
Inilah dia....presenting Korean Food : Garlic Chive Pancakes  



Hahaha bunyi cam best je kan. Tapi kalau kat Malaysia kita panggil lempeng je. Sebab bahan-bahanya pun memang sama macam nak buat lempeng. Nama saja nak bagi hot. Terliur nak buat nih lama dah. Masa tengok drama Coffee Prince. Sape yang suka tengok drama-drama korea, korang mesti terasa nak makan makanan diorang kan? Takpe-takpe, saya memang memahami. Hehehe.

Okay lah. Saya ni bekerja. Sempat lagi kan. Kenapa ntah hari nih rasa macam lain je.
Tak tahu lain tang mana. Mungkin hati yang masih belum terubat ni lagi kot.
Tapi takpe, saya tahu saya kuat. Yeahhhh go go power puff girl!!! Come on Blossom!!! Show your power!!

1 Nov 2011

Susahnya Untuk Orang Mengaku Salah


Kenapa ye orang susah sangat nk mengakui kesalahan sendiri? Pelik-pelik! Entry ni  bukanlah nak mengata sesiapa, tapi mengata diri sendiri je. Sebagai peringatan. Kadang-kadang kita memang tak perasan kita dah buat salah. Tapi kalau ada orang tegur tu, janganlah melenting. Take time untuk fikirkan apa yang orang tu cuba bagi tahu.  Dan itu juga menunjukkan yang orang tu care kat diri kita. Kalau tak, takde masa lah dia nak menyibuk kan. Sebab dia tak nak kita ulang lagi kesilapan tu.

Kadang-kadang kita memang perlu ambil masa untuk merenung diri kita kembali. Cara terbaik ialah sebelum tidur. Pasti kita akan teringat apa yang kita buat sepanjang hari kan. Betul atau tak, kita tak dapat menilai. Ini kerana orang lain adalah cermin kepada diri kita. As long as kita dah buat yang terbaik, takde apa yang harus dikesali lagi. 
SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA