20 Oct 2011

Public Toilet

Hahaha real funny!!! Cuba bayangkan if kita yang berada di situasi ni. Of course blurrrr!!!


Funny Guy : Mr Bean

I got this email from my friend. Just nak share dengan korang. Mari gelak sama-sama!!


1) B R A I N_T U M O R


Doctor : I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr.Bean : Yesss!!! (jumps in joy)

Doctor : Did you understand what I just told you?
Mr. Bean : Yes of course, do you think I'm dumb?

Doctor : Then why are you so happy?
Mr. Bean : Because that proves that I have a brain! 




2) DEATH OF HIS MOTHER

Mr.Bean :(crying) the doctor called, Mom's dead.
Friend : condolence, my friend.

(After 2 minutes) Mr. Bean cries even louder

Friend : what now?
Mr. Bean : my sister just called, her mom died too!




3) MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL


Teacher : What is 5 plus 4?
Mr. Bean : 9

Teacher : What is 4 plus 5?
Mr. Bean : Are you trying to fool me, you've just twisted the figure, the answer is 6!!



P/S : They say, freedom of expression

Patah Seribu

Nak tulis nak tulis apa??? Penat lah, tapi tak boleh tidur. Oh kemonlah!!!
Apa yang saya rasa? Nak rasa apa? Hurmmm tak tahulah. Tak tahu dan tak tahu. Sampai sekarang masih tak tahu nak buat apa. Buat-buat pandai jela yang mampu. Kau memang hati kering!!!

Habis tu nak buat camne? The day is coming. Takut tak boleh terima masa tu. Sisa-sisa masa yang tinggal ni jela peluang yang ada untuk bersama. After that, cannot dah. Dia milik orang lain. Huhuhuhu how how how???
Allah....Tolong berikan kekuatan. Moga semuanya baik-baik saja. Aminnnnn ~

16 Oct 2011

Ribut Hati Akar Berpaut

Tanya sama pokok, apa sebab kau goyang, jawab 'angin' yang goncang - Jikalau kau sebatang pokok yang telus, angin ribut kencang pun takkan dapat buat kau berganjak dari tempat asal.

Kita selalu menafikan apa yang dibisikkan oleh hati. Kerana itulah wujudnya pepatah "ikutkan rasa, binasa, ikutkan hati, mati." Tapi kita tak sedar, setiap apa yang dilakukan hanya dilihat daripada zahiriahnya dan tak pernah kita cuba untuk menyelami akan apa yang tersirat di dalam hati si pelakunya. Malah, kita sendiri kadang-kadang keliru dengan apa yang kita tampilkan, kerana kita hanya mampu mengikut arus dan tidak berani melawan arus. Maka, akan lahirlah satu perasaan iaitu hipokrit yang akan menafikan semua kebenaran dan keikhlasan hati. Tapi HATI TAK PERNAH MENIPU. Apa pun yang kita lakukan, keikhlasan dan kejujurannya hanya terletak pada hati. Apa yang kita persembahkan hanyalah nampak pada luaran sahaja demi meletakkan diri kita selesa pada persekitaran yang kita diami.

Memang terseksa apabila kita harus berperang dengan perasaan sendiri. Malah kadang-kadang kita tidak tahu apa yang harus dilakukan. Takut akan kehilangan, takut akan salah membuat pilihan, takut untuk buat pilihan, takut akan keseorangan dan macam-macam lagi la. Oleh kerana itu, kita tidak sedar, kita banyak meletakkan kesilapan kita pada orang lain. Kita tak nampak kebenaran di setiap perkara yang dilakukan. Kerana sebenarnya kita yang SALAH. Salah dalam menilai, salah dalam membuat keputusan, salah perilaku.

Mengakulah, kau masih merinduinya......
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"

11 Oct 2011

ALLAH Knows the best

♥ Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah? ♥

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

10 Oct 2011

Tabiat

Apa makna tabiat? Bagi saya tabiat adalah perkara yang sudah biasa kita buat - SELALU BUAT!
Kenapa tiba-tiba nak story pasal tabiat nih? Haaa mestilah ada sebab kan. Just want to share, orang kata, tabiat susah nak di ubah. Macam tu gak saya, saya pun ada beberapa tabiat yang susah saya nk buang. Contoh?? Hurmm lepas bangun tidur, saya mesti cari sikat rambut ^__^ Kenapa? Haaa janganlah tanya kenapa, biasalah, perempuan kan. Hehe. Selain tu, saya ni suka SANGAT makan bersulam air. Ok, yang ni mesti semua orang tahu, tengok perut je dah tahu kan. Haha. Well, buncit tu SEKSI!!! Grrrrrrr >_<

Tapi sebenarnya, tabiat tu boleh di ubah. Orang kata : "Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih". 
Yang penting, hati kita. Kalau betul-betul kita nak berubah, tak perlu orang suruh kan, sendiri mau ingatlah. Samalah juga kesnya dengan merokok. Saya rasa memang perempuan suka sangat membebel pasal nih, antara top list bebelan lah kan. Peaceeee ^_^ v 

Saya ada satu tabiat, tabiat yang baru bermula lima bulan yang lepas. Dan saya sendiri dah rasa betapa gigihnya nak buang tabiat tu. Tabiat tu memang patut diBUANG terus and CANNOT be REPEATed!!! But.....i'm fail to handle it. I still buat tabiat tu jugak :(  Oh kemOn lah, you can do it. No, I can't! Yes you can! I can't I can't I can't!!! Don't you get it?! [berperang dengan perasaan sendiri] @ [gila].

Kawan-kawan, walaupun saya ada ramai kawan-kawan, tapi semua tu tak ada fucntion. Sebabnya, hati kata tak mahu. So, sekarang masalahnya, memang hati kita. Kalau kita betul-betul nak berubah, hati kena kuat. Tapi kalau kita masih ragu-ragu, kita memang ada potensi untuk buat tabiat tu lagi.

P/S ~ Tabiat yang BAIK tak perlu diubah ok. I'm talking about tabiat yang tak berapa baik @ memang tak baik pun!

Tabiat saya ialah KAMU ♥ kamu yang milik orang lain.

6 Oct 2011

Fears and Frustrations

This love affair between you and I + Do you think it’s worth the try + Hearts to be broken + I wonder if you do this often + You occupy my mind all day and night + I think of things to say to do + What we should do to keep this alive + You love sending chills up my spine + Depending on it most of the time + But for you I’m just an ordinary girl + But you bumped into + Hoping I’ll leave you + Within a month or two

Fears and frustration galore + I’ll never understand you + I’ll never be the girl you long for + I’ll never be the hand you want to hold + And if we go back in time + Would you still be the same person + I’d do it all over again + I’ll try to make you mine

We spent so much time + Looking into each others’ eyes + Looking into each others’ lies + Overlooking reality + I’m feeding on high expectations and happy endings + We were high above the ground or was it just me? + I’ll pull myself out of this confusion + I never meant to be an intrusion + But for you I’m nothing more but just a phase

Fears and frustration galore + I’ll never understand you + I’ll never be the girl you long for + I’ll never be the hand you want to hold + And if we go back in time + Would you still be the same person + I’d do it all over again + I’ll try to make you mine

4 Oct 2011

Sekali Lagi, Cinta Bukan Milikku

"Sekali lagi, cinta bukan milikku." Mungkin ayat itu sesuai untuk menggambarkan sinopsis kepada cerita yang ingin saya kongsikan. Kisah suka duka seorang gadis yang masih tak sedar bahawa dirinya sudah dewasa. Kisah yang sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bermula dari mana. Ya gadis, semua gadis mesti ada simpan impian untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya kan. Walaupun lelaki itu nampak tak sempurna di mata orang lain, tapi bagi dirinya, lelaki itu sudah cukup untuk buat hidupnya bahagia. 


 Kisahnya bermula di suatu persimpangan hidup, seorang gadis bertemu seseorang yang boleh dianggap sebagai 'prince charming' baginya. Lelaki yang dnanti-nanti selama ini. Tak sangka kini lelaki itu berada di laluan hidupnya. Nak tak nak, terpaksalah hadapinya juga. Pada mulanya, dia hanya ingin berkawan saja, sama macam kisah-kisah permulaan yang lain. Tetapi peluang demi peluang terbuka depan mata. Si gadis yang bijak dalam merebut peluang yang ada, memang tidak menunggu masa yang lama untuk memulakan langkah. Langkah yang dianggap biasa saja baginya, kini langkah itulah yang menjadi penentu hidupnya.

Hampir setiap hari, hampir setiap minggu, dia menghabiskan masa bersama dengan 'prince charming'nya. Ada saja alasan yang akan dicari untuk mengajak si dia keluar bersamanya. Walaupun tidak berdua, itu sudah cukup untuk buat si gadis merasa puas hati kerana dapat menatap wajah si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' ni agak kasar sikit perwatakannya, tapi sebenarnya hatinya sangat rapuh. Selalu rasa bersalah selepas buat sesuatu. Mungkin dia sendiri tak pasti, apa yang patut dia buat terhadap si gadis ini  yang banyak menguji kesabarannya.

Kerana hatinya yang luluh, si gadis jatuh cinta. Tapi si gadis masih menafikannya. Kerana sememangnya si gadis sudah tidak percaya lagi pada cinta. Dia sendiri tidak tahu apa itu cinta. Dia juga tak tahu apakah perasaannya terhadap lelaki itu boleh dikatakan cinta. Tapi yang pasti, dia akan merasa rindu pada si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' selalu suka cari pasal dengannya, dia tetap merasa bahagia. 

Dan pada suatu malam, satu pengakuan yang jelas telah mengubah segalanya. Dan selepas itulah, si gadis mendapat jawapan kepada soalan-soalannya selama ini. Sememangya dari awal lagi, dia sudah tahu, si 'prince  charming' bukanlah miliknya. Tuhan hanya meminjamkannya untuk sementara saja. Untuk merasa bagaimana rasanya bahagia bila dapat bersama dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Sekali lagi, Tuhan mengujinya.

Kini dia sedar, sememangya perasaan yang tak dapat diluahkan itulah sebenarnya cinta. Dia ingin hidup bersama dengan lelaki itu. Dia menjadi tak biasa bila terpaksa berjauhan dengan si 'prince charming'. Hari-harinya yang ceria, kini bertukar menjadi suram. Seperti hidup tak bernyawa, jiwa yang kosong dan tak berperasaan. Melayang entah ke mana, hanya mampu berharap keajaiban berlaku. 

Bila tiba masanya, si gadis tahu dia harus melepaskan 'prince charming' kesayangannya. Dan saat untuk melepaskan itulah, saat yang paling menyakitkan dalam hidunya. Tapi si gadis tidak mahu bersedih, dia akan menghadapinya dengan rasa bangga. Kerana hakikatnya, si gadis adalah insan yang paling bahagia walaupun nampak malang di mata orang lain. Ini kerana selama bersama si 'prince charming', tak pernah sekali pun dia merasa kekurangan. 

Terima kasih 'prince charming'. Itu sajalah yang mampu si gadis ucapkan pada saat ini, ketika ini. Dan pada ruang sudut yang lain dalam dunia ini, dia tahu pasti ada seseorang sedang menantinya. Sebuah lagi teka-teki yang bakal dihadapinya. Tapi jika takdir menyatakan, si 'prince charming' memang miliknya, maka mereka akan bertemu lagi di ruang sudut itu. 


their first movie ~ will always remember you ♥♥♥ My ThOr



kisah yang diceritakan oleh 'prince charming' pada si gadis 






Cinta Tak Semestinya Bersatu.......
SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA