5 Dec 2011

21 Nov 2011

My Beautiful Smile


Tak nak cakap banyak-banyak. Walaupun disakiti berulang-ulang kali, tak mengapa kerana hari-hari saya sangat indah sebenarnya. Terima kasih jela pada yang tak habis-habis nak salahkan orang lain tuh. Malam ni layan bola Sukan Sea. Malaysia vs Indonesia. Aiyarrrkkkk mesti tak boleh tahan tengok adegan-adegan mereka beraksi nanti.  Ishhhh tak boleh cerita lebih kat sini nanti menyentuh isu-isu sensitif pulak.
Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Hope kemenangan akan berpihak pada skuad Harimau Muda. Kalau tak, pasti mereka tak habis-habis nak berlagak walhal rakyat mereka banyak yang tersadai di sini.
 Erkkkk peaceeeee!!!!! Heeee

Yeayyyy!!! Malaysia Boleh!!!!

17 Nov 2011

Nokhtah

Ya Allah lemahnya aku hari ini. Kenapa rasa nak menangis sangat ni.
Sepinya terasa sampai ke dalam hati. Time ni pun dah bergenang airmata, tak siapa pun mengerti penderitaan ini. Kenapa diri rasa seperti tak dihargai sangat. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Arghhhhh tak mahu masa itu berlalu!!!! Aku ingin terus bersamanya. Rindu yang mencengkam sehingga melukakan hati sendiri. Bagaimana harus aku luahkan segalanya yang terpendam. Kenapa dia seperti tidak mengerti. 

Siapa aku baginya? Aku pun tak tahu. Selama ini aku hanya bertemankan luka semalam. Cuba bergembira seperti yang lain. Sehingga aku bertemu dengannya. Tapi seperti biasa, aku harus melepaskan jua. Tak pernah ada yang kekal lagi, kerana itu aku kuncikan hati. Tapi tak sedar bila masa ia terbuka. Kerana terlalu asyik, aku terlupa. Dan kini semuanya telah berakhir. Aku lepaskannya pergi....walaupun dalam hati tak rela. Nokhtah.


14 Nov 2011

Yang Sebenarnya .....


Dan yang sebenarnya....hakikatnya....
Cinta tak semestinya memiliki. Walaupun sakitnya tak terperi, takkan mampu jua memilki jika tanpa izinNya.
Maka berserahlah, itulah jalan yang terbaik. Carilah keredhaan dariNya.
Memohon kekuatan dariNya. Kerana ini adalah takdirNya.

Berdoalah. Kerana sesungguhnya kita memang tidak mampu mengubah perkara yang sudah lepas tetapi percayalah bahawa kita mampu mengubah perkara yang bakal terjadi dalam hidup kita di masa hadapan iaitu dengan berdoa kepadaNya yang Maha Mendengar.

 Jika Si Dia Bukan Milikmu
 Jawapan Rindu




~ aku akan sentiasa mengingatimu di dalam doaku  kerana aku sudah  pasrah akan takdirNya 

10 Nov 2011

Where Are We?

Okeyh dengan semangat pagi yang ada nih, saya nak menconteng blog lagi.
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Diharap semua hari ni sihat dan happy selalu. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu penawar duka. Ikhlaskan hati, pasti kita dapat merasai kemanisannya.

Today I feel like mati hidup kembali. Bersyukur kerana saya masih boleh mencelikkan mata [walaupun agak liat nak bangun] dan menghirup udara yang segar, kicauan burung yang menenangkan, menikmati matahari pagi yang bersinar bak memberi harapan dan semangat baru serta a cup of coffee with buns. Cukup lah untuk permulaan hari ini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

"Let go to get one. Lose some to win some."
[Dedrick D.L. Pitter]
Pagi ni saya nak berterima kasih pada seseorang dengan kata-kata nasihatnya. Saya tahu anda mempunyai sesuatu yang orang lain tak ada. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya. Pasti saya takkan sia-siakan nasihat yang sangat bermakna tu. Insyaallah saya juga harapkan yang terbaik. Saya akan bertahan selagi mampu. Saya akan teruskan kehidupan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Semoga semua orang juga mempunyai semangat untuk teruskan hidup ini walaupun banyak dugaannya. Saya tahu Allah sedang menguji hamba-hambaNya. Itu tanda Dia mengingati kita dan Dia hanya menguji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. [Hikmah Disebalik Ujian Allah]

 May happiness be with us  
SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA