17 Nov 2011

Nokhtah

Ya Allah lemahnya aku hari ini. Kenapa rasa nak menangis sangat ni.
Sepinya terasa sampai ke dalam hati. Time ni pun dah bergenang airmata, tak siapa pun mengerti penderitaan ini. Kenapa diri rasa seperti tak dihargai sangat. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Arghhhhh tak mahu masa itu berlalu!!!! Aku ingin terus bersamanya. Rindu yang mencengkam sehingga melukakan hati sendiri. Bagaimana harus aku luahkan segalanya yang terpendam. Kenapa dia seperti tidak mengerti. 

Siapa aku baginya? Aku pun tak tahu. Selama ini aku hanya bertemankan luka semalam. Cuba bergembira seperti yang lain. Sehingga aku bertemu dengannya. Tapi seperti biasa, aku harus melepaskan jua. Tak pernah ada yang kekal lagi, kerana itu aku kuncikan hati. Tapi tak sedar bila masa ia terbuka. Kerana terlalu asyik, aku terlupa. Dan kini semuanya telah berakhir. Aku lepaskannya pergi....walaupun dalam hati tak rela. Nokhtah.


No comments:

Post a Comment

SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA