10 Nov 2011

Where Are We?

Okeyh dengan semangat pagi yang ada nih, saya nak menconteng blog lagi.
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Diharap semua hari ni sihat dan happy selalu. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu penawar duka. Ikhlaskan hati, pasti kita dapat merasai kemanisannya.

Today I feel like mati hidup kembali. Bersyukur kerana saya masih boleh mencelikkan mata [walaupun agak liat nak bangun] dan menghirup udara yang segar, kicauan burung yang menenangkan, menikmati matahari pagi yang bersinar bak memberi harapan dan semangat baru serta a cup of coffee with buns. Cukup lah untuk permulaan hari ini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya.

"Let go to get one. Lose some to win some."
[Dedrick D.L. Pitter]
Pagi ni saya nak berterima kasih pada seseorang dengan kata-kata nasihatnya. Saya tahu anda mempunyai sesuatu yang orang lain tak ada. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya. Pasti saya takkan sia-siakan nasihat yang sangat bermakna tu. Insyaallah saya juga harapkan yang terbaik. Saya akan bertahan selagi mampu. Saya akan teruskan kehidupan ini tanpa menoleh kebelakang lagi. Semoga semua orang juga mempunyai semangat untuk teruskan hidup ini walaupun banyak dugaannya. Saya tahu Allah sedang menguji hamba-hambaNya. Itu tanda Dia mengingati kita dan Dia hanya menguji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. [Hikmah Disebalik Ujian Allah]

 May happiness be with us  

No comments:

Post a Comment

SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA