4 Oct 2011

Sekali Lagi, Cinta Bukan Milikku

"Sekali lagi, cinta bukan milikku." Mungkin ayat itu sesuai untuk menggambarkan sinopsis kepada cerita yang ingin saya kongsikan. Kisah suka duka seorang gadis yang masih tak sedar bahawa dirinya sudah dewasa. Kisah yang sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bermula dari mana. Ya gadis, semua gadis mesti ada simpan impian untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya kan. Walaupun lelaki itu nampak tak sempurna di mata orang lain, tapi bagi dirinya, lelaki itu sudah cukup untuk buat hidupnya bahagia. 


 Kisahnya bermula di suatu persimpangan hidup, seorang gadis bertemu seseorang yang boleh dianggap sebagai 'prince charming' baginya. Lelaki yang dnanti-nanti selama ini. Tak sangka kini lelaki itu berada di laluan hidupnya. Nak tak nak, terpaksalah hadapinya juga. Pada mulanya, dia hanya ingin berkawan saja, sama macam kisah-kisah permulaan yang lain. Tetapi peluang demi peluang terbuka depan mata. Si gadis yang bijak dalam merebut peluang yang ada, memang tidak menunggu masa yang lama untuk memulakan langkah. Langkah yang dianggap biasa saja baginya, kini langkah itulah yang menjadi penentu hidupnya.

Hampir setiap hari, hampir setiap minggu, dia menghabiskan masa bersama dengan 'prince charming'nya. Ada saja alasan yang akan dicari untuk mengajak si dia keluar bersamanya. Walaupun tidak berdua, itu sudah cukup untuk buat si gadis merasa puas hati kerana dapat menatap wajah si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' ni agak kasar sikit perwatakannya, tapi sebenarnya hatinya sangat rapuh. Selalu rasa bersalah selepas buat sesuatu. Mungkin dia sendiri tak pasti, apa yang patut dia buat terhadap si gadis ini  yang banyak menguji kesabarannya.

Kerana hatinya yang luluh, si gadis jatuh cinta. Tapi si gadis masih menafikannya. Kerana sememangnya si gadis sudah tidak percaya lagi pada cinta. Dia sendiri tidak tahu apa itu cinta. Dia juga tak tahu apakah perasaannya terhadap lelaki itu boleh dikatakan cinta. Tapi yang pasti, dia akan merasa rindu pada si 'prince charming'. Walaupun si 'prince charming' selalu suka cari pasal dengannya, dia tetap merasa bahagia. 

Dan pada suatu malam, satu pengakuan yang jelas telah mengubah segalanya. Dan selepas itulah, si gadis mendapat jawapan kepada soalan-soalannya selama ini. Sememangya dari awal lagi, dia sudah tahu, si 'prince  charming' bukanlah miliknya. Tuhan hanya meminjamkannya untuk sementara saja. Untuk merasa bagaimana rasanya bahagia bila dapat bersama dengan lelaki yang diimpikan selama ini. Sekali lagi, Tuhan mengujinya.

Kini dia sedar, sememangya perasaan yang tak dapat diluahkan itulah sebenarnya cinta. Dia ingin hidup bersama dengan lelaki itu. Dia menjadi tak biasa bila terpaksa berjauhan dengan si 'prince charming'. Hari-harinya yang ceria, kini bertukar menjadi suram. Seperti hidup tak bernyawa, jiwa yang kosong dan tak berperasaan. Melayang entah ke mana, hanya mampu berharap keajaiban berlaku. 

Bila tiba masanya, si gadis tahu dia harus melepaskan 'prince charming' kesayangannya. Dan saat untuk melepaskan itulah, saat yang paling menyakitkan dalam hidunya. Tapi si gadis tidak mahu bersedih, dia akan menghadapinya dengan rasa bangga. Kerana hakikatnya, si gadis adalah insan yang paling bahagia walaupun nampak malang di mata orang lain. Ini kerana selama bersama si 'prince charming', tak pernah sekali pun dia merasa kekurangan. 

Terima kasih 'prince charming'. Itu sajalah yang mampu si gadis ucapkan pada saat ini, ketika ini. Dan pada ruang sudut yang lain dalam dunia ini, dia tahu pasti ada seseorang sedang menantinya. Sebuah lagi teka-teki yang bakal dihadapinya. Tapi jika takdir menyatakan, si 'prince charming' memang miliknya, maka mereka akan bertemu lagi di ruang sudut itu. 


their first movie ~ will always remember you ♥♥♥ My ThOr



kisah yang diceritakan oleh 'prince charming' pada si gadis 






Cinta Tak Semestinya Bersatu.......

No comments:

Post a Comment

SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA