16 Oct 2011

Ribut Hati Akar Berpaut

Tanya sama pokok, apa sebab kau goyang, jawab 'angin' yang goncang - Jikalau kau sebatang pokok yang telus, angin ribut kencang pun takkan dapat buat kau berganjak dari tempat asal.

Kita selalu menafikan apa yang dibisikkan oleh hati. Kerana itulah wujudnya pepatah "ikutkan rasa, binasa, ikutkan hati, mati." Tapi kita tak sedar, setiap apa yang dilakukan hanya dilihat daripada zahiriahnya dan tak pernah kita cuba untuk menyelami akan apa yang tersirat di dalam hati si pelakunya. Malah, kita sendiri kadang-kadang keliru dengan apa yang kita tampilkan, kerana kita hanya mampu mengikut arus dan tidak berani melawan arus. Maka, akan lahirlah satu perasaan iaitu hipokrit yang akan menafikan semua kebenaran dan keikhlasan hati. Tapi HATI TAK PERNAH MENIPU. Apa pun yang kita lakukan, keikhlasan dan kejujurannya hanya terletak pada hati. Apa yang kita persembahkan hanyalah nampak pada luaran sahaja demi meletakkan diri kita selesa pada persekitaran yang kita diami.

Memang terseksa apabila kita harus berperang dengan perasaan sendiri. Malah kadang-kadang kita tidak tahu apa yang harus dilakukan. Takut akan kehilangan, takut akan salah membuat pilihan, takut untuk buat pilihan, takut akan keseorangan dan macam-macam lagi la. Oleh kerana itu, kita tidak sedar, kita banyak meletakkan kesilapan kita pada orang lain. Kita tak nampak kebenaran di setiap perkara yang dilakukan. Kerana sebenarnya kita yang SALAH. Salah dalam menilai, salah dalam membuat keputusan, salah perilaku.

Mengakulah, kau masih merinduinya......
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"

No comments:

Post a Comment

SEMUA YANG BERADA DI BLOG INI ADALAH HAK MILIK UMIE ZAIRA ANA